Follow Sini

Saturday, June 1, 2013

Visit Sabah

Assalamualaikum..

Salam sayang, salam rindu dan salam satu Malaysia.. Apa khabar warga blogger sekalian. Ok2 Pfieya tau, Pfieya lama dh x update blog kan?

Ni la penangan assignment, penangan presentation, penangan PTA dan penangan sem terakhir..will convo soon..In Shaa Allah.

Doakan Pfieya tau.

Stop!!!

Pfieya nak cerita sikit pasal cuti-cuti Malaysia ke negeri Sabah. Sabah di bawah bayu ye. Sapa pembaca blog pfieya dari Sabah?? Sila angkat tangan ye..haha

Seriously, Sabah sangat cantik..banyak kawasan pelancongan yang menarik untuk dilawati. CORRECTION jap. Pfieya pergi Sabah bukan cuti-cuti Malaysia sebenarnya tapi pergi buat lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu under program kitaorang iaitu (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan- UNIMAS) dengan kerjasama dengan program Geografi UMS.

Program ni diberi nama “Ilmu disemai, kasih terikat”

Program ni dijalankan selama 2 hari di UMS tapi mengambil masa perjalanan 4 hari menggunakan bas dari UNIMAS. SERIUSLY. 4 hari perjalanan owh (2 hari pergi 2 hari balik). Terpaksa melalui 10 imegrsen (sebab terpaksa masuk Brunei first then baru boleh sampai Sabah)..

Kitaorang bertolak dari UNIMAS seawall 6.50 pada 6/5/2013. Excited sangat sebab tak pernah lagi pergi Sabah..tambahan lagi nak pergi jenguk-jenguk student UMS. Yang paling penting, dapat kongsi-kongsi ilmu.

Walaupun hanya 2 hari sahaja berada di Sabah, tapi kami sempat lagi pergi ke tempat-tempat menarik di Sabah. Jangan lepaskan peluang yang ada.. YEAH!!

Dekat bawah ni gambar-gambar kekawan di Sabah (termasuk Pfieya sekali)..lalalala..


UMS

UMS

UMS


UMS

Pulau Manukan

Pulau Manukan

Centre Point

Philippine Market 

Tanjung Lipat

Seriusly, sangat best walaupun penat..ye la kan perjalanan sampai 4 hari kot..hahaha

So, to those who already decide cuti-cuti Malaysia at Sabah..please do visit Sabah. There a lot of interesting place to visit.. Jangan lupa beli mutiara jugak untuk kenang-kenangan..
haha..Shopping..

That All





Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Monday, April 22, 2013

Final Year Project Presentation


Assalamualaikum..

Salam cinta, salam sayang and salam satu Malaysia.. Hari nie ada event besar punya.. “Presentation for FYP”

Dengar ayat presentation tu pun dah cukup buat orang penakut macam Pfieya ni..Gulp Gulp..telan air liur sendiri..memang dup dap sangat.

To those yang pernah mengalami dan pernah present mesti faham kan perasaan tu..hehehe..ahli panel yang judge pun ok.. Panel terdiri daripada lecturer tercinta Fakulti Sains Sosial under Development Planning and Management department.

Mula nak present, memang Pfieya gugup sangat..ia la, tak tau kalau-kalau ahli panel tiba-tiba Tanya soalan yang Pfieya tak dapat jawab..Gulp again..

Tapi time dah sampai and berdiri kat depan, rasa ok pulak tapi suara je la agak semakin mengendur daripada bersuara lantang ke suara kecil (tak tahu kenapa).. Panel pun gelak-gelak dah, ia la kan Pfieya orang yang ke  6 present daripada 8 orang..huhuhu

Tapi apa-apa pun walaupun tengah gugup sangat and kaki terketar-ketar, sempat jugak berposing ambil gambar sebelum presentation bermula..ala-ala berlagak cool gitu padahal dalam hati fuhhh berdebar.. “Butterflies flying in my stomach” tu je perkataan yang paling tepat nak gambarkan situasi Pfieya masa tu..hahaha

Here is some picture untuk kenang-kenangan la kononnya..hehe.. By the way, rasa sangat lega and kena perbaiki certain part je.. Yihuuu..








That All




Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Monday, April 1, 2013

Tips Persediaan untuk Travel Tempat Jauh dan Field Trip


Assalamualaikum..

Apa khabar hari ini ye? Pfieya lama tak muncul dekat blog kan? Really busy. Nak siapkan assignment, revision untuk mid term exam, Projek Tahun Akhir and tak lupa jugak pergi field trip untuk certain subject.

Bercerita tentang field trip Pfieya nak cerita sikit. Memandangkan Jumaat lepas is Good Friday, mean ada la cuti..kat Sarawak ada cuti..hehehe..so, Pfieya and group members ambik kesempatan nak pergi field trip untuk subject Social and Environment Impact Assessmment.

Each group consist of 3 members where we are from 2 state (Sarawakian plus other state from peninsular Malaysia) and from 2 different races..sebab lecturer buat macam ni adalah untuk campur-campurkan kitaorang untuk saling kenal-kenal antara lain-lain negeri.. So, kitaorang pun nasib baik member-member assignment merangkap kawan rapat Pfieya sendiri.. Sorang from Selangor (Malay), sorang lagi from Sarawak and also Malay and me from Sarawak but I am Melanau.

Memandangkan muka Pfieya Nampak macam Malay, then group-group lain ramai tak percaya kitaorang boleh form one group.. but, Pfieya kan mix Melanau and Iban. So, lecturer give me an opportunity to choose either I put my race Melanau or Iban..tak percaya?? Check Identity Card Pfieya ye..hahaha

Field trip mengambil masa 3 hari. Ambil masa 5 jam drive kereta. Terpasa meredah laluan yang menggunakan 2 buah feri. Sangat best and excited sebab boleh balik kampung 2 kawan rapat Pfieya jugak yang tak jauh dari kawasan kajian kitaorang.. Tengok gambar je la ye..

















Pfieya tak dapat ambik gambar banyak sangat..sebab penat then ada certain gambar yang tak boleh dipublish..hehehe

So Pfieya ada some tips persediaan untuk tavel tempat jauh dan field trip juga:

First, gunakan kasut yang selasa. Jangan sesekali guna kasut yang baru dibeli. Sebabnya nanti, takut melecet la pulak kaki. Kan nak pergi interview respondent kan. Kadang-kadang perlu berjalan jauh juga untuk cari respondent ni..

Second, jangan lupa bawa bekalan minuman. Haaa, yang ni sangat penting kalau kawasan kajian korang dekat area-area pendalaman. Mana la tahu kan perjalanan jauh mesti menyebabkan rasa haus yang teramat sangat..hehehe.

Third, bagi yang non muslim yang berambut panjang, bawak ikat rambut anda and ties kan ikat rambut supaya lebih selesa untuk perjalanan jauh.

Forth, bawak peralatan ala-ala first aid..plaster, minyak cap kapak (kenapa mesti cap kapak?? sebab tak tahu jenama lain,huhu), panadol pun boleh gak bawak and yang sama waktu dengannya.

Fifth, hurmmmm..idea hilang..tetttt..

So, there is some tips.

Last sekali, nak ucap Alhamdulillah..dapat hasil seperti yang diinginkan dan dapat pergi dengan selamat dan pulang dengan selamat.

That All




Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Saturday, March 9, 2013

Ramlee Awang Murshid



Assalamualaikum..

Ding Dong Bell. Hari ni hari Ahad rupanya, masa untuk merehatkan minda sekejap memandangkan Sem 6 (sem terakhir  In shaa Allah) kelas Pfieya sampai hari Sabtu (Isnin hingga Sabtu). So, kalau hari Ahad begini memang nak rehatkan minda yang kepenatan agaknya.

Pembaca Blog Pfieya suka baca novel tak? Hari ni Pfieya nak cerita sikit pasal novel. I mean, penulis novel yang Pfieya suka cara penulisannya. Pfieya suka karya- karya Ramlee Awang Murshid. Setakat ni baru beberapa buah novel Ramlee Awang Murshid yang Pfieya dah baca sebab kakak Pfieya ada membeli karya-karya Ramlee Awang Murshid. “Untuk dijadikan Koleksi”, haaa tu la ayat-ayat kakak Pfieya. Ape-ape pun Pfieya mengambil kesempatan membaca novel-novel tersebut.

Bagi sesiapa yang belum mengenali Ramlee Awang Murshid, Pfieya letak picture beliau kat bawah ye:





 Mengenai Penulis:

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia.
(sumber: Klik Sini)


Antara karya-karya dari Ramlee Awang Murshid yang Pfieya pernah baca:











Pfieya suka cara penulisan beliau dan Pfieya harap-harap lepas ni Pfieya dapat kumpulkan semua karya-karya beliau. Semoga Ramlee Awang Murshid dapat terus berkarya.

That All






Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Wednesday, February 27, 2013

Tips untuk mengelakkan orang lain susah meneka password ATM anda


Assalamualaikum..

Ding Dong Bell.. Pfieya baru habis kelas and baru lepas pergi makan. Sekarang kat library (konon-konon bajet cari buku la sangat). Haha

Nampak tak tajuk kat atas. Adehh.. Pfieya memang tak pandai buat tajuk yang sesuai dengan isi yang Pfieya nak tulis.






Sekarang bukan nak cerita pasal benda tu, Just nak share something pasal yang berlaku menimpa seorang sahabat yang sama belajar. Even kitaorang student lain-lain department tapi still berduka dengan kejadian yang menimpa sahabat tersebut. Pfieya tak nak mention nama. Biar lah rahsia. Just untuk berkongsi cerita sahaja.

Ceritanya begini, semalam syok-syok tengah online then ternampak satu picture yang kawan-kawan FB post. Terkejut sangat dengar cerita bahawa seorang sahabat telah kehabisan semua duit PTPTN disebabkan ada someone yang mencuri kad bank sahabat tersebut. Ya Allah. Duit PTPTN yang dinanti-nanti memang baru je dapat semalam tapi ada jugak manusia yang berhati busuk melakukan perbuatan mencuri dan mengeluarkan semua jumlah wang yang ada dalam akaun bank. Jahat sangat orang tu.

Kejadian berlaku macam mana, tu Pfieya tak ada selidik. Yang pastinya perbuatan tersebut dilakukan oleh orang yang dalam kampus sendiri. Kesian dekat sahabat kita tu.

Daripada kejadian tu, Pfieya come up with some langkah berjaga-jaga:

First, Jangan set kan password kad bank anda dengan “birthday date”. Hal ini disebabkan ramai yang buat benda yang sama then memudahkan ‘penjenayah- penjenayah’ ni senang buat kerja buat transasi pengeluaran duit menggunakan kad ATM korang. Lagi-lagi kalau dalam wallet korang terselit sekali I.C korang.

Second, Jangan senang-senang suruh orang lain tahu nama Ibu korang. Sebab selalu kan, kalau nak isi ape-ape mesti ada diorang mintak nama Ibu kn? So, Jangan letak salinan kad pengenalan Ibu korang dalam wallet. Hafal je number I.C Ibu korang. Itu terlihat lebih selamat.

Third, Do not believe others and mintak tolong diaorang keluarkan duit and korang mention pulak password korang kat kawan-kawan. We never know kalau-kalau ada yang berniat tak baik (bukan semua). Syaitan tu selalu mengoda hamba Allah untuk melakukan benda yang tak baik. Kalau family member pulak. YES. You can believe them.

So, tu je Tips yang Pfieya dapat kongsikan. Sememangnya musibah tidak dapat kita elak tapi kita perlu mengambil inisiatif bagi menggelakkan musibah itu berlaku. In shaa Allah.

That All



Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Sunday, February 24, 2013

Segmen: My Cute Pets By Affy and Angiela


Assalamualaikum..

Ding Dong Bell. Apa khabar? Sihat? Hahaha.. dah dah, Pfieya nak join 1 segmen. Tajuk segmen tersebut ialah “Segmen: My Cute Pets By Affy and Angiela”. Cute title kan? Jom la join.

Nak join jugak? KlikSini.





So, haiwan cute yang Pfieya ada..merangkap pet tersayang ialah Kucing. Pfieya letak gambar je la ye. Here it is..




Yang kanan diberi nama Mimi..yang tengah pulak Momo and yang kiri Nami.

Cute kan? Actually Pfieya ada banyak kucing but I really love this picture. So, that why Pfieya just letak gambar nie je..hehehe.

Jom la ramai-ramai memeriahkan segmen ni. Opsss!! Lupa nak mention. Tarikh tutup segmen ni ialah 24/3/2013.. ada sebulan lagi masa..jeng jeng jeng

That All



Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Friday, February 22, 2013

Segmen: Tingkatkan Followers & Trafik Blog


Assalamualaikum..

Ding Dong Bell. This is second segment that I join today. “Segmen: Tingkatkan Followers & Trafik Blog”.

Owner segmen, Pfieya dh siap tampal Banner anda di sini menggunakan gam uhu..hehe.. To those yang mahu join jugak. Jom Klik Sini.



Again.. come-come..Join..hehehe

That All




Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Segmen: Hello Blogger Mesra 2013 By Cik Mira


Assalamualaikum..

Ding Dong Bell. It been a long time I didn’t join any segment. So, Today I would like to join this segmen “Segmen: Hello Blogger Mesra 2013 By Cik Mira”.

Tertarik nak join sebab tajuk segmen tersebut..hehe.. Besides, Blog owner segmen ni cute tau.. Nak join jugak? Jom Klik Sini.




So, jom ramai-ramai memeriahkan segmen ini.. Yuhuu

That All





Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Wednesday, January 30, 2013

Luahan hati hari Khamis

Assalamualaikum..




Ding Dong Bell..yuhuu.. baru nampak Pfieya post entry baru kan? Ape je la cerita si Pfieya hari ni ye.

Tiada yang istimewa selain menikmati keindahan di rumah sendiri. Lari sekejap daripada kesibukkan menjadi student and fokus dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. (Bajet jadi anak baik) ngeee~~

Tak dapat nak lari sangat. Dalam masa 2 minggu lagi saki baki cuti yang tinggal ni, Pfieya nak kumpul data untuk FYP Pfieya. Harap-harap data yang dikumpul nanti diterima dengan baik oleh supervisor Pfieya. Semoga dapat membantu Pfieya meneruskan kajian tersebut.

Apa-apa pun result semester 5 Pfieya dah keluar dah. Alhamdulillah result yang agak Flying Color even tak ada banyak kehadiran Encik A dalam setiap keputusan tu, at least pointer ada la naik sikit-sikit. Boleh jadi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan..hehehe

Sekali lagi.. Alhamdulillah

Ok, selesai cerita pasal result. Pfieya nak mohon maaf to those yang ada follow blog Pfieya selama Pfieya tak ada tulis entry and selama Pfieya tak online. Really sorry, Pfieya akan follow blog korang as soon as possible..chewah (bajet orang ramai follow la tu..Gedik la Pfieya ni)

In shaa Allah tiada aral melintang Pfieya akan sentiasa update blog Pfieya, even tak ada info sangat tetapi Pfieya boleh ceritakan pengalaman Pfieya kat dalam blog ni.

Ada yang menyatakan: "Pengalaman adalah guru terbaik"

(betul ke?) kalau silap boleh tegur Pfieya tau berkaitan dengan penyataan yang ada dalam pembuka kata and penutup kata tu..hehehe

That All




Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Monday, January 21, 2013

Kucing Kesayangan


Assalamualaikum..

Ding Dong Bell..ok, ok, ok..tengah cuti semester. Yeah3. Bergembira seketika walaupun FYP (Final Year Project) langsung tak sentuh lagi..adoiii..

Dugaan tahun 3 (semester 5) Pfieya. Semoga semua baik-baik saja kan..

Tadikan Pfieya buka balik slip peperiksaan hari tu. Dupp Dapp Dupp Dapp. Kalau ikut tarikh dalam tu memang esok la keluar result exam. Ya Allah terkejut sangat. Rasa macam semalam je lepas habis jawab paper final exam. Doakan Pfieya dapat result yang OK yaa.

Kita stop cerita pasal tu sebab Pfieya tengah rasa tenang duduk dekat rumah. Best. Secantik-cantik dan seindah-indah tempat lain sebagai tempat tinggal, still You will miss your Home. Betul. Tak percaya?? Betul..ni kisah benar..hehehe

One thing that make me miss my home really much selain my family is.My kitty dalam erti kata lain.Kucing la tu. Jeng jeng jeng.. so, ni la picture si comel kesayangan Pfieya.








Ni pulak picture Pfieya on the way balik rumah. Muka bahagia habis final exam.hahaha








That All




Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Friday, January 11, 2013

Blog Review


Assalamualaikum..

Ding Dong Bell. Pfieya in the house datang lagi. Haa kali ni nak cerita sikit, nak khabarkan sikit. Pasal apa? Tadi kan time tengah belek belek dashboard, terjumpa ni.. 

Drum roll jap..Dieng Dieng Dieng >> blog Pfieya Terpilih and di Review oleh pemilik segmen iaitu “Segmen Blog Review Disember 2012 by ShimaStory”

Yeah yeah TERIMA KASIH ye pemilik segmen tersebut.

Excited because this is the first time Blog Pfieya direview..Clap your hand jugak tau (reader blog Pfieya tersayang). Ok, Nama penuh pemilik Blog tersebut ialah Nurshima Amir Hamzah. Blog yang cute dengan header ada Rainbow gitu. So, for those yang baca entry ni. Jom pakat ramai-ramai follow blog beliau ye .

For more information about Shima blog, then u just >> Click Here.



So, ni la header owner segmen tersebut


That All



Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Thursday, January 10, 2013

Running Man Fans

Assalamualaikum..

Ding Dong Bell..yipiiii!!! Pfieya dah habis exam. Masanya untuk merapu dekat Blog tercinta ini. Seriously Pfieya rasa nak berehat dulu then baru balik ke rumah (papa n mama). Tapi masalahnya sekarang ialah, Pfieya perlu sambung buat FYP (Final Year Project) yang tertangguh gara-gara mahu siapkan assignment and buat revision untuk final exam.

Tadi ada pergi jumpa supervisor nak sahkan questionnaire yang Pfieya buat utuk diedarkan kepada responden untuk kajian yang Pfieya jalankan tu betul atau tidak. Namun, banyak yang perlu diperbaiki lagi. So, kena buat dulu la malam ni lepas tu nak tengok Running man Episode 127.

Running man?? ape tu?? ni la variety show untuk Korean punya channel. Best!!. Mula suka tengok Running man dari tahun lepas lagi. Then, I am become addicted with Runningman and download it for every week. Nampak sangat kan tahap Addicted Pfieya.. hahaha

Iam not K-Pop Fans but I am Running man Fans 











So, for those yang ada follow blog Pfieya sepanjang Pfieya minggu exam. Really sorry, Pfieya tak dapat follow semua sebab online pun jarang-jarang. Selepas siapkan questionnaire nanti Pfieya follow balik yee..
Have a nice day.

That All



Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Sunday, January 6, 2013

Segmen: Saya Blogger Dari Negeri.....


Assalamualaikum..

Esok dah start Final Exam.. Doakan Pfieya boleh jawab exam dengan jayanya tau.

Ding Dong Bell, hari ni nak join satu segmen bertajuk “Segmen: Saya Blogger Dari Negeri.....”
Tarikh akhir segmen ni >> Tiada (boleh je join bila-bila). Mahu join juga? Jom Klik Sini.




Pfieya adalah blogger dari Negeri Sarawak (Sarawak Bumi Kenyalang)
So, nak tahu apa yang best dekat Sarawak?? Jom la terjah!!.

Sarawak memang terkenal dengan kepelbagaian bangsa. Contohnya Melanau, Iban, Bidayuh, Melayu, Cina, India, dan banyak lagi. Kepelbagaian tersebut juga memberikan keunikkan yang tersendiri kepada masyarakat yang tinggal di Sarawak.

So, Pfieya nak cerita pasal makanan je la yee. Ok, makanan yang sangat popular kat sini ialah:

Laksa Sarawak
Laksa yang menggunakan mee Bihun





Mee kolok
Mee kolok ayam dan Mee kolok Daging..sedap!!




Ulat mulong
Kadang-kadang digoreng. Seriously even Pfieya orang Sarawak, Pfieya belum lagi try makan ulat ni. Kenapa?? Kesian la nak makan ulat yang cute. Hehehe

Dekat area Mukah banyak ulat Mulong sebab banyak pohon mulung, dijual di Market pun ada J
Mahu baca lebih lanjut tentang Ulat Mulong?? Baca la entri Pfieya yang lepas>> Klik Sini





Manok pansuh
Manok dalam bahasa Sarawak ialah Ayam. Manok pansuh ini adalah ayam yang dimasak di dalam buluh. Seriuosly sedap, auntie Pfieya yang berbangsa Iban mesti selalu masak manok pansuh kalau family Pfieya datang rumah dia. Nak try jugak rasa Manok Pansuh?? Jom datang ke Sarawak J







Umai
Umai menggunakan isi Ikan mentah yang dihiris halus-halus, dicampur dengan bawang, cuka, halia and limau nipis (banyak lagi bahan..Pfieya ni pelupa orangnya..haha)
Isi ikan yang mentah akan menjadi masak bila diletakkan dalam larutan cuka, asam dan halia. Isi yang berwarna agak “putih” menandakan isi ikan tersebut telah masak and don’t worry, tak hanyir sebab dah diletak dalam cuka.





Terubuk Masin
Bippp..Bippp.. Ikan terubuk sangat famous di Sarawak. Isi Ikan yang sangat sedap. Boleh juga dimasak kunyit. Sekarang, Ikan terubuk ada yang dimasinkan so jadi la Ikan Terubuk Masin. Ikan Terubuk Masin digoreng je pun sedap and dimakan dengan Nasi goreng..Fuhhh!!

Telur Ikan terubuk pun ada juga yang dimasinkan. Telur Ikan Terubuk ni harganya lebih mahal dari harga isi Ikan Terubuk Masin. Kenapa?? Sebab sedap kot.

Mungkin sebab tu kot ramai kawan-kawan Pfieya yang dari Semenanjung (study sini..kat Sarawak) sebelum diaorang balik Semenanjung mesti ada yang siap dah tempah awal-awal  Ikan Terubuk Masin bawak balik untuk bagi family diaorang try sendiri.






Kek Lapis Sarawak
Tidak sah jika tidak membeli kek Lapis Sarawak jika anda, anda dan anda datang ke Sarawak. Pelbagai Jalur-Jalur gitu. Kalau dekat Kuching ramai peniaga yang jual Kek Lapis ni dekat Waterfront, Kuching. Boleh pilih pelbagai perisa, warna, jalur-jalur yang disukai dengan harga yang berpatutan.





Ni la keistimewaan Sarawak. Jom la datang Sarawak yaa, banyak lagi benda menarik di sini J

p/s Semua picture tersebut Pfieya cedok dari Encik Google.. (ambik jalan mudah je Pfieya ni kan?..haha).. Maafkan saya J

Menjadi mangsa tag>> Sini dan Sini

That All

Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Copyright© All Rights Reserved pinky-phieya.blogspot.com