Follow Sini

Sunday, November 25, 2012

Segmen Kenal-kenal bersama Aisyah Humaira


Assalamualaikum..

Ada orang tak?? Hahaha..hari ni hari Ahad, nak join 1 lagi segmen yang best di mata pfieya..Jeng3
“Segmen Kenal-kenal bersama Aisyah Humaira”.. tertarik nak join sebab pemilik blogger nak kita perkenalkan diri..dah namanya segmen kenal-kenal kan?? Tak gitu?? Hahaha.. Bagi sesiapa yang nak join jugak..Boleh Klik Sini yee..  sebelum 25 November 2012 ,jam 7 malam







Perkenalkan diri pulak,

Nama: Pfieya
Nama FB: Pia Rosli (boleh add kalau nk yee) J
Umur: 22 (27/06/1990) < ----- birthday sama ngan si pemilik segmen tersebut..ngeee
Hobi: Melukis (walaupun lukisan tak cantik sangat)

So, tu je..nak lebih kenal..boleh la add dekat FB pfieya tau.. atau follow kat blog 
That all

Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Saturday, November 24, 2012

Pencarian Blogist Disember By Nurfara Hani


Assalamualaikum..

Seriusly, sblm ni tak berminat masuk mana-mana segmen.. tapi hari ni rasa nak join Pencarian Blogist Disember by Nurfara Hani sebab nampak comel sangat. Blog dia nampak cantik and tersusun..Bila la agaknya blog aku jadi macam gitu jugak kn?? hahaha..

bagi sesiapa yang berminat juga join so boleh KLIK SINI tau sebelum 28 November 2012..




That all



Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Friday, November 23, 2012

PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA



Assalamualaikum



Anda mau join? Klik Sini



Syarat-syarat penyertaan:

1) Buat entry bertajuk "PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA"
2) Letak banner diatas dalam entry
3) Tag 3 orang kawan korang
4) Hantar entry ke dalam kotak komen dibawah ni

Jeng3..That All



Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Sunday, November 4, 2012

Kisah Si Kupu-Kupu Kecil Merah Jambu di alam Universiti



Assalamualaikum

Salam Sayang, Salam Ceria dan Salam Rindu







Menjadi seorang yang bergelar mahasiswi 2 tahun yang lalu banyak mengajar aku erti tidak putus asa. Bagi diri aku, aku bersyukur diatas rezeki yang Allah berikan ini. Tidak ternilai oleh wang ringgit, intan mahupun permata. Hanya airmata yang tidak tersedari telah mengalir tanpa aku sedar. Melihat kegembiraan mama saat melihat aku meloncat kegembiraan di depan laptop kakak adalah merupakan saat bahagia bagi seorang insan yang bergelar anak. Alhamdulillah mama..semua ini juga berkat doa mama dan semua ahli keluarga.

Awal kemasukkan ke Universiti diterima dengan pelbagai reaksi daripada pelbagai individu. Namun,  itu tidak mematahkan semangat malah aku jadikan semua itu sebagai satu pemberi semangat dalam hidupku. Ada diantara ‘mereka’ mempersoalkan satu soalan yang agak kurang menyenangkan, memperlekehkan bidang yang akan aku ceburi di Universiti dengan bertanyakan adakah bidang yang aku ceburi akan memberikan jaminan pekerja setelah tamat pengajian aku nanti. Ya Allah, bantulah hambamu ini. Hanya itu yang termampu aku nyatakan, tidak terungkap dibibir akan jawapan dari soalan itu hanya mampu aku balas dengan senyuman manis sahaja. Semoga dia memahami maksud senyuman itu.

Saat keputusan peperiksaan dikeluarkan adalah merupakan saat jantung berdegup kencang untuk mengetahui akan pointer yang diperolehi. Alhamdulillah tiada yang tersasar sepanjang semester 1 hingga semester 3. Namun sedikit terkandas masa semester 4 yang memberikan amaran untuk aku terus berusaha dalam semester 5 dan semester 6 yang mendatang utuk lebih gigih berusaha mencapai apa yang aku impikan dan berjanji pada diri sendiri untuk lebih bijak mengatur langkah, mengatur masa, dan mengurus diri. Semoga dipermudahkan segala urusan, Amin Amin Amin.

Kadang-kadang apa yang kita capai mungkin bukan satu kesenangan bagi pihak lain dan mereka mula menjauhkan diri mereka dengan alasan darjat pendidikan yang dimiliki oleh seseorang. Berlaku dengan diri aku sendiri bila ada dalam kalangan kawan sendiri yang menjauhkan diri dan mula menggunakan darjat pendidikan sebagai kayu ukur untuk talian persahabatan. Mengapa harus begitu? Dimana kekuatan tali pengikat pertalian kita selama ini? Rapuh begitu sahaja. Sungguh aku tidak mengerti akan semua ini. Berikanlah kesabaran dalam diri ini.

Menempuh cabaran dalam hidup adalah lumrah manusia. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Hanya yang aku tahu bahawa kita adalah sama disisiNya.



Dua ujian paling sukar dalam hidup:

Kesabaran menempuh segala rintangan
Dan
Keberanian untuk menerima apa sahaja yang bakal dihadapi





Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Copyright© All Rights Reserved pinky-phieya.blogspot.com