Follow Sini

Saturday, March 9, 2013

Ramlee Awang Murshid



Assalamualaikum..

Ding Dong Bell. Hari ni hari Ahad rupanya, masa untuk merehatkan minda sekejap memandangkan Sem 6 (sem terakhir  In shaa Allah) kelas Pfieya sampai hari Sabtu (Isnin hingga Sabtu). So, kalau hari Ahad begini memang nak rehatkan minda yang kepenatan agaknya.

Pembaca Blog Pfieya suka baca novel tak? Hari ni Pfieya nak cerita sikit pasal novel. I mean, penulis novel yang Pfieya suka cara penulisannya. Pfieya suka karya- karya Ramlee Awang Murshid. Setakat ni baru beberapa buah novel Ramlee Awang Murshid yang Pfieya dah baca sebab kakak Pfieya ada membeli karya-karya Ramlee Awang Murshid. “Untuk dijadikan Koleksi”, haaa tu la ayat-ayat kakak Pfieya. Ape-ape pun Pfieya mengambil kesempatan membaca novel-novel tersebut.

Bagi sesiapa yang belum mengenali Ramlee Awang Murshid, Pfieya letak picture beliau kat bawah ye:





 Mengenai Penulis:

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia.
(sumber: Klik Sini)


Antara karya-karya dari Ramlee Awang Murshid yang Pfieya pernah baca:











Pfieya suka cara penulisan beliau dan Pfieya harap-harap lepas ni Pfieya dapat kumpulkan semua karya-karya beliau. Semoga Ramlee Awang Murshid dapat terus berkarya.

That All






Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Copyright© All Rights Reserved pinky-phieya.blogspot.com