Follow Sini

Wednesday, January 30, 2013

Luahan hati hari Khamis

Assalamualaikum..




Ding Dong Bell..yuhuu.. baru nampak Pfieya post entry baru kan? Ape je la cerita si Pfieya hari ni ye.

Tiada yang istimewa selain menikmati keindahan di rumah sendiri. Lari sekejap daripada kesibukkan menjadi student and fokus dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. (Bajet jadi anak baik) ngeee~~

Tak dapat nak lari sangat. Dalam masa 2 minggu lagi saki baki cuti yang tinggal ni, Pfieya nak kumpul data untuk FYP Pfieya. Harap-harap data yang dikumpul nanti diterima dengan baik oleh supervisor Pfieya. Semoga dapat membantu Pfieya meneruskan kajian tersebut.

Apa-apa pun result semester 5 Pfieya dah keluar dah. Alhamdulillah result yang agak Flying Color even tak ada banyak kehadiran Encik A dalam setiap keputusan tu, at least pointer ada la naik sikit-sikit. Boleh jadi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan..hehehe

Sekali lagi.. Alhamdulillah

Ok, selesai cerita pasal result. Pfieya nak mohon maaf to those yang ada follow blog Pfieya selama Pfieya tak ada tulis entry and selama Pfieya tak online. Really sorry, Pfieya akan follow blog korang as soon as possible..chewah (bajet orang ramai follow la tu..Gedik la Pfieya ni)

In shaa Allah tiada aral melintang Pfieya akan sentiasa update blog Pfieya, even tak ada info sangat tetapi Pfieya boleh ceritakan pengalaman Pfieya kat dalam blog ni.

Ada yang menyatakan: "Pengalaman adalah guru terbaik"

(betul ke?) kalau silap boleh tegur Pfieya tau berkaitan dengan penyataan yang ada dalam pembuka kata and penutup kata tu..hehehe

That All




Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Monday, January 21, 2013

Kucing Kesayangan


Assalamualaikum..

Ding Dong Bell..ok, ok, ok..tengah cuti semester. Yeah3. Bergembira seketika walaupun FYP (Final Year Project) langsung tak sentuh lagi..adoiii..

Dugaan tahun 3 (semester 5) Pfieya. Semoga semua baik-baik saja kan..

Tadikan Pfieya buka balik slip peperiksaan hari tu. Dupp Dapp Dupp Dapp. Kalau ikut tarikh dalam tu memang esok la keluar result exam. Ya Allah terkejut sangat. Rasa macam semalam je lepas habis jawab paper final exam. Doakan Pfieya dapat result yang OK yaa.

Kita stop cerita pasal tu sebab Pfieya tengah rasa tenang duduk dekat rumah. Best. Secantik-cantik dan seindah-indah tempat lain sebagai tempat tinggal, still You will miss your Home. Betul. Tak percaya?? Betul..ni kisah benar..hehehe

One thing that make me miss my home really much selain my family is.My kitty dalam erti kata lain.Kucing la tu. Jeng jeng jeng.. so, ni la picture si comel kesayangan Pfieya.








Ni pulak picture Pfieya on the way balik rumah. Muka bahagia habis final exam.hahaha








That All




Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Friday, January 11, 2013

Blog Review


Assalamualaikum..

Ding Dong Bell. Pfieya in the house datang lagi. Haa kali ni nak cerita sikit, nak khabarkan sikit. Pasal apa? Tadi kan time tengah belek belek dashboard, terjumpa ni.. 

Drum roll jap..Dieng Dieng Dieng >> blog Pfieya Terpilih and di Review oleh pemilik segmen iaitu “Segmen Blog Review Disember 2012 by ShimaStory”

Yeah yeah TERIMA KASIH ye pemilik segmen tersebut.

Excited because this is the first time Blog Pfieya direview..Clap your hand jugak tau (reader blog Pfieya tersayang). Ok, Nama penuh pemilik Blog tersebut ialah Nurshima Amir Hamzah. Blog yang cute dengan header ada Rainbow gitu. So, for those yang baca entry ni. Jom pakat ramai-ramai follow blog beliau ye .

For more information about Shima blog, then u just >> Click Here.



So, ni la header owner segmen tersebut


That All



Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Thursday, January 10, 2013

Running Man Fans

Assalamualaikum..

Ding Dong Bell..yipiiii!!! Pfieya dah habis exam. Masanya untuk merapu dekat Blog tercinta ini. Seriously Pfieya rasa nak berehat dulu then baru balik ke rumah (papa n mama). Tapi masalahnya sekarang ialah, Pfieya perlu sambung buat FYP (Final Year Project) yang tertangguh gara-gara mahu siapkan assignment and buat revision untuk final exam.

Tadi ada pergi jumpa supervisor nak sahkan questionnaire yang Pfieya buat utuk diedarkan kepada responden untuk kajian yang Pfieya jalankan tu betul atau tidak. Namun, banyak yang perlu diperbaiki lagi. So, kena buat dulu la malam ni lepas tu nak tengok Running man Episode 127.

Running man?? ape tu?? ni la variety show untuk Korean punya channel. Best!!. Mula suka tengok Running man dari tahun lepas lagi. Then, I am become addicted with Runningman and download it for every week. Nampak sangat kan tahap Addicted Pfieya.. hahaha

Iam not K-Pop Fans but I am Running man Fans 











So, for those yang ada follow blog Pfieya sepanjang Pfieya minggu exam. Really sorry, Pfieya tak dapat follow semua sebab online pun jarang-jarang. Selepas siapkan questionnaire nanti Pfieya follow balik yee..
Have a nice day.

That All



Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Sunday, January 6, 2013

Segmen: Saya Blogger Dari Negeri.....


Assalamualaikum..

Esok dah start Final Exam.. Doakan Pfieya boleh jawab exam dengan jayanya tau.

Ding Dong Bell, hari ni nak join satu segmen bertajuk “Segmen: Saya Blogger Dari Negeri.....”
Tarikh akhir segmen ni >> Tiada (boleh je join bila-bila). Mahu join juga? Jom Klik Sini.




Pfieya adalah blogger dari Negeri Sarawak (Sarawak Bumi Kenyalang)
So, nak tahu apa yang best dekat Sarawak?? Jom la terjah!!.

Sarawak memang terkenal dengan kepelbagaian bangsa. Contohnya Melanau, Iban, Bidayuh, Melayu, Cina, India, dan banyak lagi. Kepelbagaian tersebut juga memberikan keunikkan yang tersendiri kepada masyarakat yang tinggal di Sarawak.

So, Pfieya nak cerita pasal makanan je la yee. Ok, makanan yang sangat popular kat sini ialah:

Laksa Sarawak
Laksa yang menggunakan mee Bihun





Mee kolok
Mee kolok ayam dan Mee kolok Daging..sedap!!




Ulat mulong
Kadang-kadang digoreng. Seriously even Pfieya orang Sarawak, Pfieya belum lagi try makan ulat ni. Kenapa?? Kesian la nak makan ulat yang cute. Hehehe

Dekat area Mukah banyak ulat Mulong sebab banyak pohon mulung, dijual di Market pun ada J
Mahu baca lebih lanjut tentang Ulat Mulong?? Baca la entri Pfieya yang lepas>> Klik Sini





Manok pansuh
Manok dalam bahasa Sarawak ialah Ayam. Manok pansuh ini adalah ayam yang dimasak di dalam buluh. Seriuosly sedap, auntie Pfieya yang berbangsa Iban mesti selalu masak manok pansuh kalau family Pfieya datang rumah dia. Nak try jugak rasa Manok Pansuh?? Jom datang ke Sarawak J







Umai
Umai menggunakan isi Ikan mentah yang dihiris halus-halus, dicampur dengan bawang, cuka, halia and limau nipis (banyak lagi bahan..Pfieya ni pelupa orangnya..haha)
Isi ikan yang mentah akan menjadi masak bila diletakkan dalam larutan cuka, asam dan halia. Isi yang berwarna agak “putih” menandakan isi ikan tersebut telah masak and don’t worry, tak hanyir sebab dah diletak dalam cuka.





Terubuk Masin
Bippp..Bippp.. Ikan terubuk sangat famous di Sarawak. Isi Ikan yang sangat sedap. Boleh juga dimasak kunyit. Sekarang, Ikan terubuk ada yang dimasinkan so jadi la Ikan Terubuk Masin. Ikan Terubuk Masin digoreng je pun sedap and dimakan dengan Nasi goreng..Fuhhh!!

Telur Ikan terubuk pun ada juga yang dimasinkan. Telur Ikan Terubuk ni harganya lebih mahal dari harga isi Ikan Terubuk Masin. Kenapa?? Sebab sedap kot.

Mungkin sebab tu kot ramai kawan-kawan Pfieya yang dari Semenanjung (study sini..kat Sarawak) sebelum diaorang balik Semenanjung mesti ada yang siap dah tempah awal-awal  Ikan Terubuk Masin bawak balik untuk bagi family diaorang try sendiri.






Kek Lapis Sarawak
Tidak sah jika tidak membeli kek Lapis Sarawak jika anda, anda dan anda datang ke Sarawak. Pelbagai Jalur-Jalur gitu. Kalau dekat Kuching ramai peniaga yang jual Kek Lapis ni dekat Waterfront, Kuching. Boleh pilih pelbagai perisa, warna, jalur-jalur yang disukai dengan harga yang berpatutan.





Ni la keistimewaan Sarawak. Jom la datang Sarawak yaa, banyak lagi benda menarik di sini J

p/s Semua picture tersebut Pfieya cedok dari Encik Google.. (ambik jalan mudah je Pfieya ni kan?..haha).. Maafkan saya J

Menjadi mangsa tag>> Sini dan Sini

That All

Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All

Copyright© All Rights Reserved pinky-phieya.blogspot.com