Assalamualaikum
Salam Sayang, Salam Ceria dan Salam Rindu
Menjadi seorang yang bergelar mahasiswi 2
tahun yang lalu banyak mengajar aku erti tidak putus asa. Bagi diri aku, aku
bersyukur diatas rezeki yang Allah berikan ini. Tidak ternilai oleh wang
ringgit, intan mahupun permata. Hanya airmata yang tidak tersedari telah
mengalir tanpa aku sedar. Melihat kegembiraan mama saat melihat aku meloncat
kegembiraan di depan laptop kakak adalah merupakan saat bahagia bagi seorang
insan yang bergelar anak. Alhamdulillah mama..semua ini juga berkat doa mama
dan semua ahli keluarga.
Awal kemasukkan ke Universiti diterima
dengan pelbagai reaksi daripada pelbagai individu. Namun, itu tidak mematahkan semangat malah aku
jadikan semua itu sebagai satu pemberi semangat dalam hidupku. Ada diantara
‘mereka’ mempersoalkan satu soalan yang agak kurang menyenangkan,
memperlekehkan bidang yang akan aku ceburi di Universiti dengan bertanyakan adakah
bidang yang aku ceburi akan memberikan jaminan pekerja setelah tamat pengajian
aku nanti. Ya Allah, bantulah hambamu ini. Hanya itu yang termampu aku
nyatakan, tidak terungkap dibibir akan jawapan dari soalan itu hanya mampu aku balas
dengan senyuman manis sahaja. Semoga dia memahami maksud senyuman itu.
Saat keputusan peperiksaan dikeluarkan adalah merupakan saat jantung berdegup
kencang untuk mengetahui akan pointer yang diperolehi. Alhamdulillah tiada yang
tersasar sepanjang semester 1 hingga semester 3. Namun sedikit terkandas masa semester 4 yang memberikan amaran untuk aku terus berusaha dalam semester 5
dan semester 6 yang mendatang utuk lebih gigih berusaha mencapai apa yang aku
impikan dan berjanji pada diri sendiri untuk lebih bijak mengatur langkah, mengatur
masa, dan mengurus diri. Semoga dipermudahkan segala urusan, Amin Amin Amin.
Kadang-kadang apa yang kita capai mungkin
bukan satu kesenangan bagi pihak lain dan mereka mula menjauhkan diri mereka dengan alasan
darjat pendidikan yang dimiliki oleh seseorang. Berlaku dengan diri aku sendiri
bila ada dalam kalangan kawan sendiri yang menjauhkan diri dan mula menggunakan
darjat pendidikan sebagai kayu ukur untuk talian persahabatan. Mengapa harus
begitu? Dimana kekuatan tali pengikat pertalian kita selama ini? Rapuh begitu
sahaja. Sungguh aku tidak mengerti akan semua ini. Berikanlah kesabaran dalam
diri ini.
Menempuh cabaran dalam hidup adalah lumrah
manusia. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Hanya yang aku tahu bahawa kita
adalah sama disisiNya.
Dua ujian paling sukar dalam hidup:
Kesabaran menempuh segala rintangan
Dan
Keberanian untuk menerima apa sahaja yang
bakal dihadapi
No comments:
Post a Comment