Assalamualaikum..
Esok dah start Final
Exam.. Doakan Pfieya boleh jawab exam dengan jayanya tau.
Ding Dong Bell, hari
ni nak join satu segmen bertajuk “Segmen: Saya Blogger Dari Negeri.....”
Tarikh akhir segmen
ni >> Tiada (boleh je join bila-bila). Mahu join juga? Jom
Klik Sini.
Pfieya adalah blogger
dari Negeri Sarawak (Sarawak Bumi Kenyalang)
So, nak tahu apa yang
best dekat Sarawak?? Jom la terjah!!.
Sarawak memang
terkenal dengan kepelbagaian bangsa. Contohnya Melanau, Iban, Bidayuh, Melayu,
Cina, India, dan banyak lagi. Kepelbagaian tersebut juga memberikan keunikkan
yang tersendiri kepada masyarakat yang tinggal di Sarawak.
So, Pfieya nak cerita
pasal makanan je la yee. Ok, makanan yang sangat popular kat sini ialah:
Laksa Sarawak
Laksa yang
menggunakan mee Bihun
Mee kolok
Mee kolok ayam dan
Mee kolok Daging..sedap!!
Ulat mulong
Kadang-kadang
digoreng. Seriously even Pfieya orang Sarawak, Pfieya belum lagi try makan ulat
ni. Kenapa?? Kesian la nak makan ulat yang cute. Hehehe
Dekat area Mukah
banyak ulat Mulong sebab banyak pohon mulung, dijual di Market pun ada J
Mahu baca lebih
lanjut tentang Ulat Mulong?? Baca la entri Pfieya yang lepas>>
Klik Sini
Manok pansuh
Manok dalam bahasa
Sarawak ialah Ayam. Manok pansuh ini adalah ayam yang dimasak di dalam buluh.
Seriuosly sedap, auntie Pfieya yang berbangsa Iban mesti selalu masak manok
pansuh kalau family Pfieya datang rumah dia. Nak try jugak rasa Manok Pansuh??
Jom datang ke Sarawak
J
Umai
Umai menggunakan isi
Ikan mentah yang dihiris halus-halus, dicampur dengan bawang, cuka, halia and
limau nipis (banyak lagi bahan..Pfieya ni pelupa orangnya..haha)
Isi ikan yang mentah
akan menjadi masak bila diletakkan dalam larutan cuka, asam dan halia. Isi yang
berwarna agak “putih” menandakan isi ikan tersebut telah masak and don’t worry,
tak hanyir sebab dah diletak dalam cuka.
Terubuk Masin
Bippp..Bippp.. Ikan
terubuk sangat famous di Sarawak. Isi Ikan yang sangat sedap. Boleh juga
dimasak kunyit. Sekarang, Ikan terubuk ada yang dimasinkan so jadi la Ikan
Terubuk Masin. Ikan Terubuk Masin digoreng je pun sedap and dimakan dengan Nasi
goreng..Fuhhh!!
Telur Ikan terubuk
pun ada juga yang dimasinkan. Telur Ikan Terubuk ni harganya lebih mahal dari
harga isi Ikan Terubuk Masin. Kenapa?? Sebab sedap kot.
Mungkin sebab tu kot
ramai kawan-kawan Pfieya yang dari Semenanjung (study sini..kat Sarawak)
sebelum diaorang balik Semenanjung mesti ada yang siap dah tempah
awal-awal Ikan Terubuk Masin bawak balik
untuk bagi family diaorang try sendiri.
Kek Lapis Sarawak
Tidak sah jika tidak
membeli kek Lapis Sarawak jika anda, anda dan anda datang ke Sarawak. Pelbagai
Jalur-Jalur gitu. Kalau dekat Kuching ramai peniaga yang jual Kek Lapis ni
dekat Waterfront, Kuching. Boleh pilih pelbagai perisa, warna, jalur-jalur yang
disukai dengan harga yang berpatutan.
Ni la keistimewaan
Sarawak. Jom la datang Sarawak yaa, banyak lagi benda menarik di sini J
p/s Semua picture
tersebut Pfieya cedok dari Encik Google.. (ambik jalan mudah je Pfieya ni
kan?..haha).. Maafkan saya J
That All
Future Planner To Be: It's Better To Have a Plan Yet Undone, Rather than Having None At All